Cukup je sebulan berpuasa di bulan ramadhan , dah leh sambut raya . . itu la yang selalu ada dalam fikiran manusia tapi tak semua la . . yang jelasnya berpuasa ni ada kekurangannya bagi wanita dan ada kelebihannya bagi si lelaki tapi rugi la lelaki yang tak
berpuasa penuh tuu. .
Saya ni student lagi , dalam peringkat dip . . saya duk rumah , ulang alik ulang alik ke kolej . . memang tak sukar bagi saya tuk solat berterawih berjemaah di masjid . . solat terawih ni bukan la perkara wajib tapi seelok eloknya usaha untuk meluangkan masa tuk melakukannya . . Jujur la , student yang tinggal dirumah bersama family dgn student yang tinggal di asrama or rumah sewa memang berbeza . . yang paling paling ketara sekali ialah rumah sewa . . yang tinggal di rumah sewa sesungguhnya lebih bebas tuk bergerak tanpa pengetahuan family kecuali ada pemberitahuan dari diri sendiri, itu adalah lebih baik kan . . makan minum, sewa rumah telah disediakan kecuali yang bekerja part time . . kadang kadang student yang tinggal ngn family la di pandang remeh kerana penuh dengan kemudahan . .sebenarnya tidak , malah lebih mebebankan. . mana nak fikir family yang hari hari kita nampak depan mata , mana dgn perspektif pandangan parent terhadap anaknya , yang risaunya lain, yang marahnya lain, yang manjanya lain, student yang duk rumah family nampak semua ni lagi beban nak study. .
Saya banyak membahagikan masa dan perlu pandai sesuaikan diri bila berada di kolej dan di rumah . . yang paling penting pandai kawal emosi . . jangan membawa bawa masalah di tempat yang tak sesuai . . dengan berpuasa ni banyak betul dugaan . . banyak kan berzikir , redho dan tawakal di bulan yang mulia ni . . insyallah manusia yang penyabar akan sentiasa dibantu olehnya . . AMIN
Raya pun nak dekat kan , korang kena la pandai pandai buat perbelanjaan yang lebih jimat . . pastikan korang list dulu apa yang patut korang perlu ada waktu raya nanti . . bagi si ibu yang nak buat kuih tu , biarlah alakadar je . .buat secukup mana je , jgn terlalu banyak . . bukan kedekut tapi tuk elakkan pembaziran . . anak anak dara pun dah tentu berangan angan nak berpakaian seperti artis. . boleh sangat tapi apa kata beli je kain yg belum di jahit dan pilih mana mana contoh baju yang korang nak dari majalah , potong and bagi kain baju , cth gambar baju kat orang yang amik upah jahit . . kan senang! harga korang leh tawar tawar kan . . sesiapa yang nak manik2 , render2 bagai leh la korang cari and pilih ikut pilihan korang kat kedai assesori pakaian . . sekarang ni mudah je kalau nak ikutkan kepuasan tapi
usaha kena lebih sikit la . . hihi. . . yang bersyukurnya sekarang dah ramai gadis gadis yang berhijab , Alhamdulillah . . tudung pun dah mudah nak cari . . kat internet ni dah berlambak tapi jaga jaga , jangan terlalu percaya ye . .
ok laa , , mudah mudahan dengan tips yang saya bagi ni dapat membantu serba sedikit pilihan raya korang tahun ni . . Insyallah . . .