Thursday, 26 December 2013

H.o.L.i.d.A.Y dECEMbER '13

Selamat Pulang Ke Kampung, ACHEH, Indonesia.. 
Sebenarnya hari yang sepatutnya sampai sana bukan la jangkaan yang baik.. Fuhh.. banyaknya dugaan..
Alaa.. mula mula je susah tapi lepas dah sampai sana, turun je dari fly kat lapangan BANDAR ACHEH terus tarik nafas lepaskan puas puas.. Ya ALLAH penatnya memang tak tahu nak kata apa...


ni waktu pertama tertinggal fly,
muka sediiiihhhh...
hari kedua, time ni awal kita gerak sempat cekek2 mcD dulu..
ingat kat sana ada ke mcD, JGN HARAP LA.. hihi..





Sepanjang kat sana, pergi rumah sedara je.. tak kisah la sedara mak ke ayah mesti wajib pergi.. Mulut tempayan boleh lagi kita tutup tapi mulut manusia untuk berhenti mengata susah sangat.. Cara pemakaian kat sana kena lebih sopan dan bertutup.. akak2 mkcik2 kat sana stail pakai kain batik lg, segan la kita nak pakai seluar kat sana, kena la pakai kain batik juga.. tapi tak la sesopan diaorang.. leceeehhhh.. huhu.. Bila keluar tu pakai la dress, kurung or kain labuh ngn tshirt lengan panjang.. sopan sangat.. kat m'sia tak ada mknanya nak berjalan jauh2 pakai macam tu.. tak selesa..






Selama 10 hari kt sana, ni dah tolak pergi balik.. jangan cakap la kulit dengan gelap, berat badan dah menurun dr 46kg ke 40kg.. haaa, sape nk kurus sgt tu boleh la tinggal sana.. Bukan tak makan tapi makanan banyak yang tak boleh dimakan kerana faktor kesihatan yg tak mengizinkan.. Aduuh, mmg balik kampung ni tak sah kalau tak sakit.. Bukan sebab tempat tu kampung, kalau gi negara mana2 pun mesti sakit juga sebab penyesuaian makanan dan minuman tuk perut tu memerlukan masa juga.. Sedangkan kucing je bila dah biasa mkn biskut n tiba2 tukar ikan, kucing pun boleh cirit cirit, apalagi manusia kan..

kat airport Banda Acheh,
ni nak balik KL..
dalam fly Air Asia.. sempat lagi bergambar sebelum terbang..
nanti time terbang tak boleh bergambar, takut menggangu penerbangan tp ada juga mahluk yg degil..
haha.. happy nak balik m'sia..
jejak je kaki ke tanah m'sia terus fikir pasal hal hal family, bisnes, n study.. dah tak nak fikir hal hal kampung lg.. sok harinya gi kolej setlekan pendaftaran.. alhamdulillah semuanya ok.. masuk hari ni dah 2minggu study.. mood kampung dah hilang lama.. yang penting pahit manis perjalanan kat sana sangat sangat memberi seribu makna bagi kami sekeluarga.. haha.. muaaaahh!

Tuesday, 5 November 2013

HARI BARU SAYA

Ceritanya begini.. Pada 23/10/13 berlaku la satu kemalangan.. Disaat mana saya tergesa gesa nak ke kolej.. Akibat dari kecuaian orang lain kita yang menjadi mangsa.. Alhamdulillah tak ada tercedera apa apa cuma trauma tuk memandu dijalan yang sama dan waktu yang sama membuatkan saya menjadi lebih berhati hati.. Tempat kejadiaan di lebuh raya Permas menuju ke Johor Bahru.. Waktu pukul 10pagi,. Suasana waktu itu jem bergerak, kereta semua memandu dengan tak berhati hati..



Bukan nak salahkan sape sape tapi kita sendiri kena berigat ingat la keselamatan diri sendiri.. Nasib yang langgar belakang tak ada apa, itu yang penting.. Alhamdulillah kes ni dah selesai, kereta masing masing dah bawa workshop.. Selesai kat balai waktu tu juga walaupun saya firstime kena, memang tak tahu nak buat apa pada mulanya.. Nasib abang saya ada yang tolong selesaikan semua ini, parents pun turut membantu juga..

p/s : Jangan cepat terpedaya dengan orang yang datang waktu kemalangan, konon nak tolong bawa ketew g workshop.. Itu semua caj mahal and kesempatan mereka nak cari duit tepi.. Hubungi la sape2 yang betul2 boleh bantu ok..

Dikesempatan ini, SALAM MAAL HIJRAH..
05/11/13 : Saya buat sedikit kenduri untuk buang segala ketakutan dan trauma yang berlaku waktu kemalangan hari itu.. Disamping itu untuk kesyukuran keatas rezeki yang tak pernah putus putus.. Alhamdulillah selesai dengan izin allah.. 


Ooppss.. Ayah lagi.. popular la lepas ni.. Ini lah sebahagian yang memberi semangat..
Jangan ada sesiapa yang cemburu ye.. Bukan senang saya dapat bergambar dengan lelaki tau..

Sebahagian dari keluarga saya.. Itu ayah, adik2 dan abang..
Lepak dulu sebelum majlis bermula..

Ini la caranya, depan saya tu Waliq.. Beliau la yang mendoakan saya.. Lepas dah siap membaca doa, pulut kuning tu Waliq akan suapkan secubit tuk saya.. Ntah tuk apa tak tahu.. Ini la dikatakan adat ACHEH, Indonesia.. Saya tadah tangan tu bukan berdoa tapi tadah tuk air yang Waliq akan rejis2 kpd saya.. alaa mcm orang kawin kena rejis.. hihi.. 




Saya tak berapa sihat sangat waktu kenduri ini, Alhamdulillah berkat makcik2 dgn family yang banyak tolong.. ok la,, ini je ceritanya.. Yang penting jangan jadikan perkara buruk itu kenangan pahit tapi jadikan la pengalaman dan pengajaran buat diri kita.. muaaahhh..!! 

Thursday, 17 October 2013

AidilAdha bersama mereka..

Raya haji kali ni seronok sangat, dikelilingi oleh budak kecik..
Seronoknya.. :D  :D

Bukan anak saya tapi anak saudara..


 






time ni penat sangat dukung si bolat.. tengok reaksi dia bila nampak camera.. ingat kita2 je ke yg thu bergambar.. bayi pun thu la.. tapi ni lagi original comel comel kan.. mata yang tak boleh kalah tu, betul betul bulat.. si ibunya pun cantik, dapat anak pun comel je kn..



pakcik yang duk macho tu ayah..
AYAH? panggilan yang tak pernah senyap walaupun sehari..
mana mana pergi, masalah kecik or besar mesti nak ayah, ayah dan ayah..


Ini budak kecik yang tak berapa kecik sangat sbb kaki dia besar dari saya, badannya pun lebih kurang besar dengan saya.. dan kadang kadang mulut dia juga suka cakap besar dari saya.. 

Sebenarnya ada pic mak dengan adik beradik yang lain tapi. . . hmm 
Tak apa la lain cerita saya selit selitkan ye..

Friday, 11 October 2013

family,, dinner,,

Plan kami sekeluarga bila nak makan luar mesti kat tempat yang besar, parkingnya pun selesa, layanannya pun mesti bagus.. maklum la orang tua ni cerewet sikit bila nak order..
Pilihan kami mesti dekat SENIBONG, JOHOR.. betul betul mkn tepi laut.. 





menu kitaorang tak banyak mana pun tapi berbaloi la buat kenyang perut.. ada kupang masak sambal dengan ketam masak lemak cili api.. makanan ni semua dimakan dengan nasi putih, senang beli lauk macam ni boleh makan ramai ramai.. lauk lauk ni boleh pilih sendiri tau sebelum order nak masak yang macam mana.. tak susah pun..buat la tempat mkn tu macam tempat sendiri.. hihi..




tu dia nasi goreng daging merah.. tak kenyang mkn kupang, tambah lagi.. hahak.. jangan risau ea, air teh 0 limau ada.. penyelamat perut saya bila dah kekenyangan.. sebenarnya mkn banyak ni bukan lapar tapi takut tak nak kempunan nanti bila tak dapat mkn..




HAAaa, apa lagi jom la ajak ramai ramai turun senibong.. apa apa semua boleh search SENIBONG kt google, nanti keluar semua maps, imej or whtever... -_^


Wednesday, 2 October 2013

birthday girls. .

Atas permintaan rakan menyuruh saya meng'update' blog mengenai bufday girls..
Memang seronok sangat.. syukur berjalan dengan baik.. yang penting semua dah 20-an..
Jangan nak perasan budak lagi ye sayang2....




OKK.. siapa yang terliurr tu, cepat cepat la telan ye.. sambil sambut bufday girl ada rakan kita ni yang menyambut bufdaynya yg ke 20thun.. SELAMAT HARI LAHIR ZURA & WANIE..
p/s : semoga bahagia, berjaya dalam kerjaya yang korang impikan..AMIN





Haaa, mana saya? saya la yang amik gambar ni semua.. sejak sejak ni suka lak tangkap gambar.. rasa nak tukar hobi lak.. tapi nasib ni camera canon rakan, kalau tidak dah penuh gambar kami..
Pada mulanya sambut di KFC AEON TEBRAU CITY.. baru la lepas tu bertukar plan nk karaoke di https://www.facebook.com/divasuria.. Memang seronok sangat sangattt.. tempatnya pun cantik, selesa..
masuk masuk je rasa macam nak check-in hotel lak sbb bilik karaoke macam bilik hotel.. thanks ain sbb dia la yg recommend tempat ni..




bersama wanie.. cantiknya dia.. boleh jadi model tudung,. dah la tinggi.. penat nak donggak tengok dia je..
ok laa korang, entri ni je yang dapat diceritakan.. ada banyak cerita sebenarnya tapi, tapi, tapi.. hihi..

thanks kepada Nora, Wanie, Zura & Ain dah ajak saya lepak sekali.. ^_^

Saturday, 28 September 2013

Hadiah untuk bayi baru lahir . .


Kedai kanak-kanak .. .. masuk masuk je terus senyum dengan pekerja dia.. Kebanyakkannya kedai bayi ni masuk kena bukak kasut.. Bagus kan macam tu, selesa je nak beli.. Saya lebih berminat pilih sediri pakaian bayi, nak tahu kualitinya dari segi keselesaan, jahitannya dan jenis kainnya.. Itu semua penting untuk bayi kerana kulit bayi mudah sensitif.. 







Dah siap pilih pakaian, barang mandian, mainan, dan sebagainya.. Baru lah boleh siap siap bungkus cantik cantik..  




Ini lah hasilnya.. Bergantung la pada mereka inginkan bungkusan seperti mana.. Bayaran akan dikira dari barangan yang kita pilih.. Mungkin upah tuk bungkusan juga akan diambil kira sedikit..

Sangat sangat berpuas hati kalau kita sendiri yang pilih barangannya daripada beli yang betul2 siap bungkus.. Harga lebih kurang sama je..

Thursday, 26 September 2013

Kisah GEMUK . .

Dah la matanya unik, tak pernah jumpa kat mana mana kucing pun.. Ekor ketot pulak tu.. Lelangit gemuk ada dua tanda hitam.. Konon orang kata kucing macam ni dengar kata, dengar kata pun tak.. Benggan betul bila panggil buat tak layan.. 





Yang gemuk pakai pada leher tu, doktor panggil pendakap.. Benda tu gemuk kena pakai biar tak jilat2 dekat luka badan... Elak dari jangkitan kuman..

Keadaan Si Gemuk bila ke klinik . .





Macam tak percaya bila sekali datang ke klinik tu dia garang, bila dah 3 kali datang baru percaya yang kucing ni auranya memang kuat bila tahu kena jumpa doktor.. Ingatkan saya je yang takut kena injec, rupanya gemuk pun tahu takut.. Kelakar.. kelakar.. haha..

Saturday, 14 September 2013

i want like this !! (1)

Hahahak.. suka sangat nak jadikan sesuatu yang kita suka tu jadi pada kita.. alaaa tak payah nak nipu la.. ramai kat luar tu nak jadi yang special kat mata semua orang.. Apa yang seronoknya bila ada movie yang berkonsepkan romantik, memang saya dah berangan angan yang saya ada kat dalam movie tu dgn si hero yang pastinya yang saya minat la.. GILA kow !!,, Amir Khan, Airel Zafrel, Shah RK, and ramai lagi la, tak kan nak taip semua kan, bukanya tahu ngeja nama hero mat salleh pun.. nanti kena ngejek lak.. hihihi.. lain la  pakwe saya, dia memang giler cerita mat salleh ni, ada cerita yang betul betul dia ikut siri.. kalau dia tgh nonton jgn usik nanti hilang fokus.. cakap la siapa pelakon nya, cepat je dia ingat.. haha..

OK, pelakon yang saya minat ni suka sangat berlakon dalam cerita jiwang, dah la saya ni sentimental, memang la layan cerita jiwang ni, lagi lagi diaorang yang berlakon.. memang tak tinggal la.. 7Petala Cinta, Ma'an, Kal Ho Na Ho.. kalau tak percaya tu, try tgok la tapi biar la tgh ada feel, jgn main tengok je nanti susah datang feel jiwangnya tu.. cerita cerita ni memainkan emosi kita tau.. jujur saya memang gila cerita hindustan , ntah kenapa tak tahu la.. korang teka sendiri la ye.. hihi..

Baru je tadi petang tgok Mohabbaten.. yang dilakonkan oleh Shah RK and ada lagi palakon yang ternama lagi.. cerita tu mengajar kita bagaimana untuk menghargai sebuah cinta dan bagaimana untuk memperjuangkan cinta itu . . Ehh, nampak tak kat situ yang saya sangat memahami cerita tu.. memang nak katakan yang saya tak banyak pengalaman cinta untuk diceritakan.. cukup la siapa yang mengenali diri ini.. Ecehh.. hihi.. series cerita tu dah beberapa kali saya tgok, memang tak pernah bosan pun.. cerita yang penuh makna yang mendalam dalam diri saya.. suatu hari nanti saya try jadikan cerita itu sebagai petunjuk saya bagaimana untuk lebih series dengan cinta.. peace..

Saturday, 7 September 2013

PASSWORD . .

Sayuuuunya.. di bulan syawal ni ramai yang dah meninggalkan kami semua.. memang kita manusia tak dapat jangka bila kita akan mati.. tak kira lah muda atau tua, sekarang atau masa akan datang.. mungkin kadang kadang kita lupa tentang mati.. setiap detik, setiap saat, setiap jam, setiap hari tak pernah rugi pun kalau kita ingat mati.. knp saya cakap macam tu? try korang fikir, kalau korang ingat mati mesti rasa takut tu datang, rasa bersalah, menyesal dengan kesalahan yang korang pernah buat.. dari situ mula adanya kesedaran diri..

Ook laa,, nak nasihat kat korang semua yang ada laman sosial tu.. tak kesah la apa jenisnya, yang penting ada password.. konon la privacy.. Sesiapa yang ada girlfren/boyfren tu, amik tahu la apa pssword pasangan.. yang tak percaya dgn pasangan sendiri, bagi la thu pada rakan or family.. tak salah pun bg thu mereka sebab bila kita mati nanti mereka la yg tolong diaktifkan laman web kita.. tak elok sebenarnya bila kita dah mati, masih ada yang tonton imej or video kita sendiri, malah menambahkan dosa kita.. lagi lagi yang perempuan, selagi ada yang memfitnah kita, selagi tu kita terseksa di akhirat.. 


Korang renungkanlah ye.. kalau rasa rasa tak nak orang tahu password korang, Jangan la upload gambar gambar yang terlalu comel(dedah aurat, berduan dgn bukan mahram) hihi,, and update status yang tak elok di baca.. MAAF la ye sekiranya ada yang  terasa dengan teguran saya.. saya pun sama macam korang jugak, pernah buat silap.. tapi tak salah kan kalau kita berbuat kebaikan sedikit je untuk diri kita.. try your best.... jgn pernah rasa rugi.. Merendah diri boleh tapi jangan sampai kita terjual diri.. 


Memang la teknologi semakin maju.. macam macam orang boleh buat untuk bukak laman web kita (hacker), tapi tak kan kita nak biarkan orang usik kita, kalau untuk kebaikan tak mengapa tapi kalau untuk ke arah yang tak elok, bukan tu lagi menyusahkan ke.. Sediakan lah payung sebelum hujan.. jangan mudah percaya pada orang.. 




Thursday, 5 September 2013

KUCING



Si Gemuk,, Si Hitam,, Si Coklat,, Si Betina

nama samaran untuk kucing kucing saya.. sebenarnya banyak kucing yang saya jaga sebelum ni tapi tak betul betul jaga macam kucing sekarang ni.. ada yang tiba tiba hilang, kena amik orang, ada yang mati.. kucing semua ni bukan saya kutip tapi datang sendiri.. entah dari mana munculnya tak tahu la.. tu la dikatakan datang tak di jemput, pulang pun tak di hantar.. bajet nak jaga kucing ni tak banyak habis pun. . sisa sisa makanan yang tak habis tu, elok la bagi pada kucing.. jangan la yang dah basi, sakit la dia nanti.. kesiaaannnn.. nak mandikan dia pun senang je kalau kita dah biasa pengang.. pertama kali pegang and mandikan tu memang betul betul geli.. dulu dulu takut sangat ngn kucing sebab ada sorang kawan ni jaga ibu kucing.. series memang garang giler.. sekali kena cekau terus tak sentuh lagi.. waktu tu kecik lagi la.. kawan saya dah banyak kali kena, entah jenis kulit apa dia, tak serik serik kena cekau..Alhamdulillah kucing saya semuanya jinak, orang lain nak pegang dia pun tak pe..saya tak pernah pun kena cekau ngn kucing kucing saya.. cekau usik usik tu ada la tapi tak seteruk macam kucing kawan saya. sebenarnya jaga kucing ni ada caranya..pandai kita belai, manjakan dia, pandai jugak dia manja ngn kita.. 







ni la Si Gemuk.. ni gambar sebelum dia sakit..Gemuk ni sakit kat ekor, baru je lepas potong sebab kena jangkitan kuman.. hampir 2 minggu juga dia tahan sakit sampai la saya dapat menghubungi sebuah klinik tuk mintak tolong.. bagus juga klinik tu, lengkap ngn peralatan tuk si kucing..ada sesiapa yang ingin minta pertolongan tuk kucing kucing anda boleh la layari  http://kucing-jalananku.blogspot.com/2012/12/klinik-haiwan-sekitar-johor.html.. sangat sangat la membantu.. yang penting korang jangan la segan segan nak bertanya tentang kucing.. kos perubatan tak la mahal sangat.. masih lagi boleh bayar ansur ansur sekiranya kucing korang kena tinggal kat klinik selama seminggu macam Si Gemuk la.. hiihii.. kesian dia mengalahkan ayah saya sakit..





Ni gambar Si Betina ngn Si Coklat.. kucing yang belang putih tu betina dah pun saya lepaskan sebab nak sangat bebas.. maklum la dah besar, ada 6 bulan juga saya jaga.. memang pada mulanya tak sampai hati nak lepaskan sebab masih ada adik beradiknya iaitu Si Hitam, Si Coklat.. kucing ni semua saya jumpa di dalam kotak dekat peti tong sampah rumah jiran saya.. waktu tu kucing ni berEMPAT, satu lagi dah mati awal sebab keadaan badan yang tak sihat.. sambil saya jaga, ada la juga saya cari ibunya tuk beri susu tapi tak jumpa jumpa pun.. kesiaannn.. yang Si Coklat ni pula baru je mati tadi pagi pada pukul 11pagi.. kucing dah sakit lama tapi ingatkan demam biasa je sebab jarang makan and kadang kadang tu muntah juga.. badan kucing lemah, hampir kurus.. memang tak sangka mati tadi pagi.. sempat la tengok kucing bergurau ngn adiknya Si Hitam sebelum mati.. kesian sangat.. dah tanam pun di depan rumah.. sekarang Si Hitam tinggal sekor sekor.. dengan Si Gemuk tak berkawan sangat pun.. asal bersama je mesti nak gaduh.. dua ekor je yang tinggal, nak gaduh manja konon.. hihihi.. sesiapa yang suka kucing tu hargai lah juga binatang ni.. walaupun kita tak ingin menjaganya tapi usaha lah tuk memberi sedikit makanan or minuman.. kita tak rugi apa pun.. setiap balasan tu akan di balas di akhirat.. Aminn....



Sunday, 25 August 2013

SYAWAL . .



Alaaaaa.. dah besar ni tak best lagi la nak beraya di rumah sedara.. nak cakap pasal kuih raya.. kuih yang paling sedap dan wajib ada ialah kuih tart nenas je..tu fav saya,Alhamdulillah dulu boleh makan je, sekarang dah boleh buat sendiri..
baju raya tahun ni tempah je,Alhamdulillah cantik, selesa sangat.. saya ni lebih berminat pada simple tapi cantik..



Dari kiri ANA, AJLA, RITA dan saya..
mereka sanggup datang, dah la malam, jauh lagi..
thanks coming n beraya di rumah saya..
hope kita jumpa lagi..^_-

OPENHOUSE SAYA. .


kami, kami dan kami lagi...
CHE WANIE and NORA
ni laaa dia budak kolej saya, AZHARNIEZA(kaca mata),
 FIFAH(HIJAB EMAS), dan AYU..


OPENHOUSE NORA...

Saya berkebaya je.. Tak over sangat.. 



Saya dah GEMUK . . hihi


Ok laa.. ni je cerita raya saya yang indah.. bagi saya ni pun dah cukup..mungkin ada kawan kawan kita yang kat luar tu ada yang lagi meriah kan..sape yang familynya besar, lagi la meriah.. seronoknya beraya!.. yang kampung dekat dekat tu, hmmmm tak payah kata la, lagi senang balik pulang kan.. issshhh untungnya!.. korang hargai lah family yang ada tu.. suasana indah kampung jangan dilupakan ye..^_^



okk , , nanti ada laman cerita lain , rajin la baca lagi ea ...